Kolam terbiar di Presint 7 dikambus sepenuhnya

Kolam terbiar di Presint 7 dikambus sepenuhnya

Kolam terbiar di Presint 7, di sini yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada 5 Mei lalu telah pun dikambus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kolam terbiar di Presint 7, di sini yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada 5 Mei lalu telah pun dikambus.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kerja-kerja penutupan kolam tersebut telah pun dilaksanakan sejak minggu lalu.

“Susulan insiden kanak-kanak lemas di kolam tinggal yang berlaku di Putrajaya pada 5 Mei lalu, saya telah turun ke lokasi tersebut pada keesokannya untuk melihat sendiri keadaan di sana.

“Tinjauan pada 6 Mei itu turut disertai wakil daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Putrajaya (PPJ) serta wakil Surau PPAM Kasturi dan Surau Pudina Presint 17.

“Sejurus itu, saya juga telah meminta pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera dengan menimbus kolam tinggal tersebut serta memagar kawasan terbiar berisiko kemalangan di Putrajaya,” katanya.

Katanya, beliau pada masa sama momohon kepada pihak berkuas agar tinjauan secara menyeluruh ke atas semua kawasan kolam terbiar dan kolam takungan di Putrajaya.

Jelasnya lagi, ia penting bagi memeriksa tahap keselamatan dan mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi menjadi lokasi kemalangan, terutama kawasan yang terbuka dan tidak berpagar bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berulang lagi.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa ditemukan lemas oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Mangsa dikatakan ke kolam takungan itu bersama dua rakannya sebelum mangsa tiba-tiba terjatuh dalam kolam itu berdekatan jejambat Presint 17 menghala Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Kasturi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN