KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Khairul Azhar Abdul Samad menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, malam tadi.
Terdahulu Khairul ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Arwah meninggalkan dua anak perempuan, Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25.
Isterinya, Norsidah Ahmat, meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.
Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.
Khairul mencipta populariti menerusi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama gandingan Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.
Turut membintangi Santan Berlada adalah pelakon, Datuk Fauziah Nawi.- UTUSAN