Kerajaan giat usaha bantu anak seni tempatan

Kerajaan giat usaha bantu anak seni tempatan

ANWAR Ibrahim (kanan) bersalaman dengan M. Nasir ketika menerima kunjungan di pejabatnya, Putrajaya. – FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan terus mempergiat usaha untuk membantu anak-anak seni tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen kerajaan itu selepas menerima kunjungan daripada penyanyi Datuk M. Nasir.

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M. Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan. Saya juga titipkan pesan agar beliau dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.

“Kerajaan Madani akan pergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya