Kerajaan cari jalan atasi kelewatan projek MEX II

Kerajaan cari jalan atasi kelewatan projek MEX II

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan giat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan kelewatan berpanjangan yang menjejaskan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II).

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau tidak mahu menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu kerana ia masih di peringkat penyelesaian. 

“MEX II, seperti mana semua sedia maklum memang kita akui bermasalah untuk menyiapkan projek itu, tetapi berita baiknya memang daripada semua yang berkaitan iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya yang membantu.

“Termasuk pihak pembiaya yang mana pemaju itu mendapat punca kewangan untuk memajukan projek itu semua bekerjasama, ini dalam proses,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Projek Lebuhraya MEX II sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimulakan pembinaannya pada 2016 dan dijadualkan siap pada Disember 2019.

Terdahulu, beliau meninjau perkembangan kemajuan projek pembinaan laluan jalan raya bagi menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.

Menurut Alexander, beberapa siri mesyuarat dijangka berlangsung dalam masa terdekat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut bertujuan menentukan tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu kelewatan projek tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya