KDN selesai 6,903 pelajar mohon dokumen pengenalan diri

KDN selesai 6,903 pelajar mohon dokumen pengenalan diri

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyampaikan MyKad kepada Nurul Arini pada Program Ziarah dan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM di Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang, di sini, hari ini. UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyelesaikan sebanyak 6,903 permohonan membabitkan golongan pelajar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia susulan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menangani masalah pelajar yang berada dalam sistem pendidikan arus perdana tetapi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya, KDN akan cuba menyelesaikan masalah tersebut sekurang-kurangnya sehingga bulan Jun ini bagi memudahkan pelajar yang membuat permohonan berkenaan dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih baik.

“Jadi melalui usaha pantas yang kami buat menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Didik, lebih kurang 12,000 pelajar yang sudah pun ada dalam arus perdana persekolahan tetapi tidak lengkap dokumen macam kes Nurul Arini Abdullah, 18.

“Nurul Arini ini merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Panjang yang mendapat keputusan cemerlang 9A dan dasar kita jelas adalah bagi mempemudahkan mereka untuk memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Ziarah dan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM di Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, selain menyampaikan kad pengenalan (MyKad), Saifuddin turut menyampaikan bantuan komputer riba, pencetak dan kediaman pelajar tersebut juga akan dilengkapi kemudahan WiFi secara percuma selama dua tahun.

Jelas Saifuddin lagi, bagi permohonan pengenalan diri pelajar itu, Sabah merekodkan jumlah tertinggi membabitkan 6,997 pelajar diikuti Selangor sebanyak 1,833 pelajar manakala Perlis terendah dengan 50 permohonan.

“Mereka (pemohon) lahir di sini. Kadang-kadang mereka itu anak di pusat jagaan, anak angkat, kadang-kadang mereka anak tidak sah taraf dan segala macam. Apa pun status mereka, komitmen di KDN dengan semangat Malaysia Madani ini untuk tunjukkan rasa ihsan permudahkan pemohonan.

“Ini setelah mereka selesaikan semua proses dokumen dan tidak melibatkan dokumen palsu. Kes seperti pelajar cemerlang ini, yang kita rasa lebih berperikemanusiaan untuk kita segera selesaikan,” katanya.

Sementara itu, Nurul Arini berkata, ibu angkatnya, Nurini Basir, 61, sudah berusaha memohon kewarganegaraannya sejak di usia 12 tahun namun beberapa kali ditolak susulan atas sebab-sebab tertentu.

“Alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang ini saya akan mohon kembali untuk sambung pelajaran di bidang perubatan melalui Asasi Universiti Islam Antarabangsa. Sebelum ini, permohonan saya ditolak kerana kemungkinan bukan status warganegara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya