KUALA LUMPUR: Lukisan karikatur yang kemas dan menarik menjadi tarikan utama pengunjung ke reruai Media Mulia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini. Pengunjung dan peminat kartun, Nurul Aina Talib, 39, berkata, promosi ditawarkan oleh Media Mulia untuk produknya itu memberikan nilai tambah yang menarik. “Saya memang peminat kartun tempatan, jadi apabila tahu tentang MMtoon, saya terus melanggan.…