IPOH: “Keadaan kami ketika itu bertindih-tindih, macam orang buang barang, berlongggok,” ujar Koperal Nizam Tarmizi, 38. Nizam merupakan seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terselamat dalam nahas membabitkan kenderaan pasukan dan lori muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan Selasa lalu. Menceritakan kemalangan tragis itu, Nizam berkata, dia dan rakan-rakannya dalam keadaan santai sebelum lori dinaiki mereka seolah-olah ‘tersentak’ diikuti dentuman kuat dan laungan Allahuakbar. Katanya, dia tidak tahu apa yang berlaku dan tersedar daripada pengsan dalam keadaan terbaring di atas tubuh rakan-rakan. “Saya pengsan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya