Kakak cedera, adik tersepit dilanggar lori mengundur

Kakak cedera, adik tersepit dilanggar lori mengundur

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit selepas dilanggar sebuah lori mengundur di laluan berbukit di Kampung Charuk Damar, Sik, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Dua orang adik-beradik cedera apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar lori yang tiba-tiba mengundur di laluan berbukit di Kampung Charuk Damar, di sini semalam.

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan itu dan motosikal dinaiki mereka berada di belakang lori terbabit yang membawa muatan besi buruk.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.47 pagi.

“Mangsa membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengalami kecederaan di kaki manakala adik lelakinya berusia empat tahun pula tersepit pada tangan.

“Kami mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas air bag yang mengambil masa kira-kira 20 minit. Operasi dilakukan dengan berhati-hati disebabkan mangsa masih kecil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Jamil berkata, anggota bomba pada masa sama juga cuba untuk menstabilkan lori berkenaan bagi mengelakkan ia daripada menggelongsor.

Katanya, adik-beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sik bagi mendapatkan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya