Jangan datang set dan anggap diri ‘Star’ - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Jangan datang set dan anggap diri ‘Star’ – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya, apabila pelakon hebat dan versatil seperti Nabila Huda ini bersuara tentang sesuatu isu, pastinya itu bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh. 

Kalau pun dia bersuara dan meluahkan pandangan, dia juga layak berbuat demikian kerana profil seninya bukan calang-calang. Apatah lagi, dia juga sudah lama berhadapan dengan sepak terajang dunia hiburan. 

Bukan juga soal siapa senior atau junior, tetapi bagi Nabila, semua pengkarya seni harus tahu peranan masing-masing terutama apabila melibatkan kerja di sesebuah set penggambaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa wujud sahaja pelapis baharu dalam industri seni yang masih tidak tahu membawa diri di set sedangkan mereka tahu untuk memastikan sesebuah tawaran berlakon itu datang juga bukan senang.

Mempunyai ‘attitude’ atau buat perangai? Itu juga antara yang tidak dinafikan wujud dengan adakalanya dilihat seakan tidak beradab ketika berada di set. 

Ketika bertemu dengan pelakon filem Gayong dan Telaga Suriram ini baru-baru ini, Pancaindera sempat merakamkan luahan Nabila mengenai situasi berbangkit. 

Ini bermakna, kalau datangnya dari mulut seorang Nabila Huda, pelapis baharu lain tolong bersiap sedia, ubah cara anda jika serius mahu jadi pelakon. 

J: Melihat kepada kehadiran pelakon-pelakon baharu, bagi Abil, adakah mereka ini ramai yang mempunyai ‘attutide’ atau perangai terutama ketika berada di set? 

N: Bagi saya, kita sebenarnya kena sedar ruang. Kita kena tahu bakat kita banyak mana. Jangan perasan. Jangan rasa diri ‘ oh aku diva’, macam semua orang kenal aku, atau rasa ‘oh aku terkenal’, rasa diri sudah bagus. Jangan, tolong jangan buat benda itu sebab ia mengaburi mata kita dan ia sangat memalukan. Hal-hal berkenaan ‘fame’ ini sepatutnya jadi nombor dua. Yang penting sekali kena tahu, kalau orang bagi awak watak berat, u jangan cakap bersyukur saja tapi kena sedar awak betul boleh lakonkan atau tidak? 

J: Bermakna ada yang tak mampu bawa tapi rasa macam boleh bawakankah? 

N: Bukan saya kata begitu. Pelakon itu kena tanya diri dia sendiri adakah dia mampu bawakannya dengan baik? Kalau tak mampu, laburkan sedikit duit dan pergi cari guru yang betul untuk dapatkan ilmu itu. Benda ini asas, ada segelintir artis baharu sekarang, ini adalah dari pengalaman-pengalaman kawan saya dalam industri juga. Mereka kata ada yang artis baharu masuk set, dia tak ada asas, jadi sebab itu dia buat hal. 

J: Contoh buat hal itu bagaimana Abil?

N: Ada yang jenis masuk set sibuk dengan telefon bimbit. Bila orang tengah berlatih, tak tengok, tak fokus, main telefon. Jadi benda begini tak bagus di set. Bagi saya, walau macam mana pun adab kena jaga. Kena ada adab. Apabila berada di set, awak tahu dah perkara lain kena letak ke tepi dan fokus watak. Mungkin sebab mereka tak ada asas jadi benda begini mereka tak tahu, iyalah tak ada pengalaman bukan. 

J: Jadi ada tak antara mereka yang memang datang set dan sudah berangan jadi ‘star’ itu? 

N: Ada juga yang begitu. ‘Oh saya datang sebagai ‘star’,saya watak utama. Tidak, sebenarnya kalau berlakon ini ia bukan tentang nama awak yang pertama. Sebenarnya kita semua memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan sesebuah naskhah dan ia kena seiring. Ia bukan tentang siapa nak ke depan, siapa nak lawan, tidak. Satu naskhah itu akan jadi terbaik jika semua dapat jayakan dengan energi yang sama. Ini saya beritahu untuk mereka yang benar-benar nak berlakonlah. Kalau awak memang masuk industri seni semata-mata nak terkenal atau ada niat tersirat, lebih baik tak payahlah sebab benda-benda begitu boleh merosakkan industri. 

J: Abil setuju tak jika dikatakan perangai seperti ini turut boleh menjejaskan reputasi pelakon lain yang telah bersusah payah cuba menaik dan memartabatkan seni lakon itu sendiri? 

N: Sudah tentu. Sebab perkara ini orang akan pandang serong pada anak-anak seni lain yang telah berusaha keras untuk jadi pelakon yang bermutu. Disebabkan perangai-perangai begitu, ia boleh menyebabkan orang lain tak pasal-pasal terkena tempias.

Masyarakat atau warganet akan cakap oh biasalah itu artis, itu tak baguslah. Kalau awak masuk industri seni tapi ada niat lain, lebih baik awak hentikan. Awak jadilah benda lain sebab nak jadi pelakon ini bukan senang. Ia perlukan masa. Kalau baru berlakon setahun dua dan kemudian rasa diri dah hebat dalam dunia, betulkan kembali niat dan perangai itu. Saya sendiri pun ambil masa 10 tahun untuk faham apa itu pelakon. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN