Insiden bom: Permintaan melancong ke Hatyai merosot

Insiden bom: Permintaan melancong ke Hatyai merosot

PASAR terapung Hatyai menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia setiap kali melancong ke Thailand. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyedia perkhidmatan pelancongan ke Hatyai dan Thailand mengakui permintaan warga tempatan untuk ‘makan angin’ ke negara Gajah Putih semakin merosot ekoran kejadian letupan bom yang sering berlaku di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Eniq World Travel Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Rowi Dollah berkata, kejadian itu memberi impak kurang baik kepada sektor pelancongan.

“Sebelum ini, setiap kali cuti panjang atau hujung minggu saya tidak menang tangan mengendalikan perkhidmatan ke Hatyai. Namun, sejak insiden letupan bom berlaku, saya lebih banyak ‘berehat’.

“Syarikat pengangkutan di sana turut mengeluh apabila permintaan untuk membawa rakyat Malaysia ke Hatyai semakin merosot. Sejujurnya permintaan untuk ke Hatyai susut sebanyak 60 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Usrah Trevel Kota Bharu, Zulkifli Hashim turut mengakui jumlah pelancong tempatan dari negeri ini ke Thailand semakin menurun.

“Alhamdulillah, permintaan ke Thailand masih lagi ada walaupun tidak banyak. Untuk hujung minggu bermula Khamis (hari ini) saya ada membawa pelancong ke Hatyai.

“Jumaat pula perjalanan sehari ke Narathiwat,” ujarnya.

Utusan Malaysia 26 Oktober tahun lalu melaporkan, Thailand mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara terbesar yang menyumbang kepada pasaran pelancongan negara itu dengan kira-kira empat juta rakyat Malaysia berkunjung ke sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya