Ibu tunggal ditimpa kesedihan berganda

Ibu tunggal ditimpa kesedihan berganda, rumah terbakar selepas adik meninggal dunia

ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah Norfadila Abdullah di Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang ibu tunggal ditimpa kesedihan berganda setelah rumah pusaka didudukinya di Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Tepoh di sini terbakar, hari ini, selepas adik lelakinya meninggal dunia kira-kira tiga minggu lalu.

Norfadila Abdullah, 40, yang bekerja di sebuah kedai makan di Tok Jering, dekat sini berkata, dia masih bersedih dengan kematian adiknya, Mohd. Rustam yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan  pada 19 April lalu.

Katanya, Mohd. Rustam juga tinggal bersamanya di rumah tersebut sebelum meninggal dunia.

“Hari ini, saya sedih rumah pusaka yang didiami  pula musnah terbakar. Nasib baik anak saya, Ahmad Ziyaad Danish, 10, berada di rumah datuknya, Abdullah Muhammad, 62, di kampung ini ketika kebakaran berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Katanya, seorang lagi adiknya, Mohd. faizal, 43, yang bekerja kampung dan tinggal bersamanya juga tiada di rumah ketika kebakaran.

“Kebakaran itu turut menyebabkan wang tunai milik Allahyarham Mohd. Rustam sebanyak RM5,000 yang baru dikeluarkan dari bank semalam, untuk bayaran baki pengurusan jenazah hangus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN