Harap istiqamah, jangan wayang saja - Linda Hashim - Utusan Malaysia

Harap istiqamah, jangan wayang saja – Linda Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun berdepan dengan kemelut rumah tangga, pelakon, Linda Hashim berharap niat baik suaminya, Beego menyertai kumpulan tabligh baru-baru ini bukanlah wayang semata.

Menurut Linda, tindakan suaminya itu mendekatkan diri kepada agama sudah betul namun, berharap lelaki itu istiqamah dengan niatnya.

“Tabligh itu sudah betul, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqomah, jangan wayang saja,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story.

Dalam hantaran sama, Linda turut menitipkan pesan agar Beego tidak melupakan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah terhadap anak yang didakwa belum selesai sepenuhnya.

“Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memperlihatkan Beego menyertai kumpulan tabligh untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian buat kali ketiga terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman, pada Januari lalu

Pasangan itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023 sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN