Hael Husaini hanya hapus calitan gincu di dagu Dayang - Utusan Malaysia

Hael Husaini hanya hapus calitan gincu di dagu Dayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Penyanyi, Dayang Nurfaizah, menjelaskan tindakan Hael Husaini menyentuh dagunya semasa menyanyikan lagu ‘Haram’ di Konsert MeleTOP TVS, semalam, berlaku secara spontan.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 43, berkata, Hael cuba menghapus calitan gincu di dagu penyanyi itu ketika persembahan.

“Semasa nyanyi tadi dia tengok ada calitan  gincu merah dekat dagu saya, jadi dia tolong lapkan nanti tidak cantik pula.

“Kalau peminat suka tengok apa yang jadi (atas pentas) maksudnya kita berjaya menghiburkan peminat pada malam itu,” katanya.

Dayang ditemui Utusan Malaysia di Konsert MeleTOP TVS di Stadium Bandaraya Miri pada Sabtu.

Bercerita lanjut dengan persembahan semasa konsert tersebut, penyanyi Erti Hidup itu menekankan kepentingan membina keserasian terutama ketika menyanyikan lagu duet.

“Mungkin orang luar tidak tahu, tapi sebagai penyanyi, kita ada persembahan tertentu yang ingin kita capai semasa di atas pentas.

“Terutama jika bernyanyi duet, kita dan pasangan penyanyi perlu saling sokong kerana duet ini bukan hanya menyanyi, tapi perlu saling melengkapi,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Dayang turut menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP sebagai menghargai baktinya sebagai anak Sarawak dalam industri seni negara sepanjang hampir 30 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN