GRS mesti jadi ‘pemandu’ bagi kerjasama PRN Sabah

GRS mesti jadi ‘pemandu’ bagi kerjasama PRN Sabah

JOACHIM Gunsalam ditemui pemberita di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. - UTUSAN/ALLEN MAJAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mesti menjadi ‘pengemudi’ sekiranya parti lain ingin bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata,
selagi GRS mempunyai majoriti mutlak pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan parti lain.

“Tetapi apa yang penting adalah GRS mesti berada di kerusi pemandu,” katanya pada pemberita di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa PKR menyasarkan sekurang-kurangnya 13 kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah akan datang.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Azmin Ali turut memberitahu bahawa parti itu telah mengenal pasti kerusi untuk ditandingI dalam PRN Sabah nanti.

“Mereka semua boleh datang bertanding kerana ini adalah negara demokratik. Kita adakan pertandingan mesra. Kalau GRS boleh menang kerusi tanpa bertanding, lagi ‘lawa’ tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku,” kata Joachim lagi.

Tambahnya, sepanjang pengetahuannya, GRS belum lagi berjumpa dengan Bersatu ataupun mengadakan perbincangan khusus dengan Perikatan Nasional (PN).

Berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah bahawa GRS menyasarkan sekurang-kurangnya 52 kerusi dalam PRN Sabah, Joachim berkata, apa yang lebih ketika ini adalah untuk mengenal pasti kerusi mana yang boleh dimenangi GRS.

“GRS mesti menang. Jangan bercakap tentang parti individu dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN