PETALING JAYA: Sebarang keputusan yang dibuat oleh persatuan termasuk yang mewakili doktor atau pengamal perubatan am swasta (GP), untuk memperkenalkan caj tambahan boleh dianggap melanggar Akta Persaingan 2010 (Akta 712). Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, ia termasuk caj tambahan seperti caj preskripsi, yuran pendaftaran, caj pematuhan peraturan dan yuran kemudahan sama ada telah dilaksanakan atau sedang dipertimbangkan. Jelasnya, di bawah seksyen 4(2)(a) Akta 712, doktor…