Gaduh: Lima pelajar kolej vokasional di Kemaman ditahan polis - Utusan Malaysia

Gaduh: Lima pelajar kolej vokasional di Kemaman ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lima pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di daerah ini, ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pergaduhan dan pukul seorang pelajar lelaki di asrama kolej itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, semua pelajar berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang selepas mangsa yang juga berusia 17 tahun tampil membuat laporan polis tengah hari semalam.

“Kejadian pergaduhan dan pukul itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam, pada Selasa. Kejadian itu dipercayai berpunca  rasa tidak puas hati antara mangsa dengan suspek kerana suspek mengejutkan mangsa yang sedang tidur dengan cara menendang katil sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya ketika hari ini.

Mohd. Razi berkata, beberapa rakan mereka dipercayai turut masuk campur dengan pergaduhan itu dan mangsa mendakwa dipukul beberapa rakannya.

“Mangsa dirujuk ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan setakat ini kita belum mendapat laporan pemeriksaan perubatan mangsa,” katanya.

Mohd Razi berkata, lima remaja itu kini ditahan reman tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN