Enam penuntut cemas, bas UTM terbakar 

Enam penuntut cemas, bas UTM terbakar 

SEBUAH bas UTM terbakar di kawasan perhentian bas Jalan Lingkaran Ilmu, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Skudai, Johor Bahru hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Enam penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar kampus universiti tersebut, hari ini.

Difahamkan, pemandu bas terdengar bunyi letupan di bahagian belakang, sebelum memberhentikan bas untuk membuat pemeriksaan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan terbakar serta cuba memadamkannya menggunakan alat pemadam, namun gagal.

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku di perhentian bas, Jalan Lingkaran Ilmu berhampiran Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

“Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan penuntut mahupun staf. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba dengan pantas dan berjaya memadamkan kebakaran.

“Siasatan dalaman sedang dibuat bagi mengenal pasti punca serta langkah pencegahan dan penambahbaikan akan diambil untuk mengelak insiden sama berulang,” demikian menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN