ALOR SETAR: Sebanyak empat penerbangan masing-masing melibatkan dua ketibaan dan pelepasan tergendala susulan kemalangan pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang tadi. Bagaimanapun, operasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sementara akibat kemalangan itu beroperasi semula kira-kira pukul 8 malam tadi. Pengurus LTSAH, Ikram Alif Mansoor berkata, landasan ditutup kira-kira pukul 5.30 dan dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan, pemindahan pesawat dan pemeriksaan terhadap landasan selesai dilaksanakan. “Kita sedang menyusun semula jadual untuk semua penerbangan yang terjejas, terdapat juga penerbangan yang melibatkan jemaah haji, jadi kita akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya