Edika sindir ‘tiada yang percuma’, lumpuh pun saya tetap kerja - Nor Hidayah

Edika sindir ‘tiada yang percuma’, lumpuh pun saya tetap kerja – Nor Hidayah

NOR Hidayah Yusri selepas prosiding kes cerainya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas isteri Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri, 47, mendakwa sering diingatkan oleh pelakon itu mengenai tiada apa yang percuma di dunia ini sekali gus menjadi asbab dirinya sedar perlu bekerja meski keadaannya lumpuh separuh badan. 

Menurut Nor Hidayah, berikutan itu dia tidak bersetuju dengan dakwaan Edika yang mengatakan dirinya terlantar di katil selain kononnya telah menjaganya umpama seorang ‘bayi’. 

Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ ke apa, tetapi saya yang menguruskan segalanya.

“Edika pun sejenis orang yang selalu sebut pada saya bahawa nothing is free in this world. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.

“Saya di rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya. 

Nor Hidayah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. 

Mengakui bahawa kata-kata Edika itu mengguris hati, namun Nor Hidayah tetap bersabar sepanjang 22 tahun perkahwinannya dengan lelaki tersebut. 

Selain itu, Nor Hidayah juga menafikan dirinya mengalami masalah kesihatan mental sebagaimana yang didakwa oleh pelakon itu sebelum ini. 

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi hari ini.

Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.

Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya