‘Dia’ kerap kembali, saya tak takut, Allah ada - Zara Zya - Utusan Malaysia

‘Dia’ kerap kembali, saya tak takut, Allah ada – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dia kerap kembali. Saya penat sangat.”

Demikian luahan pelakon, Zara Zya yang mengakui sudah lelah apabila dirinya kerap mengalami gangguan daripada makhluk halus belakangan ini.

Zara bagaimanapun mengakui dirinya tidak gentar untuk berdepan dengan gangguan tersebut kerana lebih percaya kepada Yang Maha Berkuasa.

“Lebih advanced, makin pandai mengikut peredaran zaman. Saya tak takut. Allah ada,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Namun, pelakon drama bersiri Dia Imamku itu turut meluahkan kebimbangannya jika orang di sekelilingnya tidak dapat mengesan ketika dirinya diganggu ‘makhluk’ itu.

“Cuma kadang-kadang, risau orang tak dapat kesan sama ada itu dia atau saya,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Zara sejak beberapa tahun ini.

Malah, ada juga yang menasihatkan Zara supaya mencari ikhtiar lain untuk mengubati gangguan mistik yang dialaminya itu.

Sebelum ini, Zara pernah mendedahkan dirinya diganggu perkara mistik sehingga dirinya berperwatakan seperti ular. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya