Dasar tanda harga ubat bukan mahu menekan, pastikan akses ubat mampu milik

Dasar tanda harga ubat bukan mahu menekan, pastikan akses ubat munasabah, mampu milik – KKM

WAKIL pengamal perubatan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi membantah pelaksanaan peraturan yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan dasar penandaan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti tidak bertujuan menekan atau menjejaskan operasi pengamal perubatan swasta.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, sebaliknya, ia merupakan langkah ke arah mewujudkan sistem kesihatan yang lebih telus, adil dan mampan.

Jelasnya, KKM sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka dan inklusif dan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan telah dan akan terus diadakan.

“Ini bagi memastikan pelaksanaan yang seimbang dan tidak membebankan mana-mana pihak.

“Kementerian juga bersedia meneliti kandungan memorandum yang dikemukakan dan mempertimbangkan sebarang penambahbaikan dasar berdasarkan bukti dan data semasa,” katanya.

KKM berkata, keutamaan pihaknya adalah memastikan akses kepada ubat-ubatan yang munasabah dan mampu milik, serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem kesihatan negara.

Terdahulu sekumpulan pengamal perubatan mengadakan perhimpunan aman di Laman Perdana, Jabatan Perdana Menteri (JPM), bagi menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Ia berkaitan penandaan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti.

Dalam hal ini, KKM menghormati hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan merakamkan penghargaan atas penyerahan memorandum yang dilakukan secara tertib dan berhemah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya