Dahi berlubang, murid darjah dua cedera langgar lari

Dahi berlubang, murid darjah dua cedera langgar lari

NUR QASYIFA HAZLINA Mohd. Hayider cedera parah di muka selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran SK Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang murid perempuan darjah dua cedera parah di dahi manakala kakaknya luka di beberapa anggota badan akibat nahas langgar lari berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin, Bukit Katil di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nur Qasyifa Hazlina Mohd. Hayider, 8, dan kakaknya, Nur Qarinah Hazirah Mohd. Hayider, 17, dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan dibuat oleh Nur Qarinah Hazirah pada pukul 12.32 tengah hari tadi dan polis sedang memburu pemandu terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, nahas berlaku ketika si kakak mengambil adiknya pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal Yamaha Ego Solaris. 

“Mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Duyong, selepas melepasi sekolah terbabit motosikal ditunggang mereka telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti.

“Akibat pelanggaran itu, dua beradik itu terjatuh menyebabkan adiknya mengalami kecederaan di muka, mata dan dahi berlubang manakala pengadu luka kecil di kaki serta tangan,” katanya.

Tambah Christopher, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Kini kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN