Calon Timbalan Presiden PKR perlu nyata pendirian

Calon Timbalan Presiden PKR perlu nyata pendirian

MOHAMAD ZAMAKSARI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menuntut semua calon yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden menyatakan pendirian mereka menjelang pemilihan parti itu.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan,  Mohamad Zamaksari Ibrahim berkata, sehingga kini belum ada calon yang menyatakan kesediaan untuk bertanding sedangkan tarikh akhir menyerahkan borang pencalonan adalah esok.

“Situasi ini menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi untuk menyatakan sokongan mereka. Setakat 2 Mei lalu, sebanyak sembilan daripada 14 Chabang Keadilan di Kelantan termasuk Tumpat telah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden.

“Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Machang, Tumpat, Kota Bharu,Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Kuala Krai antara Chabang Keadilan yang menyatakan sokongan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Zamaksari berkata, bagaimanapun Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dikatakan akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi,  kami menyokong pencalonan beliau. Kami yakin dan percaya gabungan pemimpin ini adalah pasukan yang berkesan untuk membantu Presiden memperkasa, mengurus dan memantapkan parti pada masa hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN