'Budak tidak dikenali' tepis dakwaan Rafizi

‘Budak tidak dikenali’ tepis dakwaan Rafizi, gesa agar turun bertemu akar umbi

Mohamad Taufiq Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Mohamad Taufiq Ismail menempelak dakwaan dibuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa dia hanyalah seorang budak tidak dikenali.

Sebaliknya, Mohamad Taufiq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor berkata, dia telah berkhidmat di peringkat akar umbi bagi membantu menenangkan bekas Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15.

Sehubungan itu katanya, dia kesal dengan kenyataan Rafizi yang bersifat peribadi dan tidak berlandaskan fakta sehingga mencetus persepsi negatif terhadapnya.

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak wajar dan tidak berfakta, malah bertentangan dengan semangat demokrasi serta prinsip hormat-menghormati dalam parti.

“Saya bukan budak seperti yang digambarkan, tetapi saya seorang aktivis akar umbi yang telah berkhidmat, berjuang dan membina kepercayaan anggota hingga diberi mandat sebagai Ketua Cabang.

“Hanya kerana saya bertanding melawan Akmal Nasir dan tidak berada dalam lingkungan dalaman tertentu tidak bermakna saya tidak dikenali atau tidak berkelayakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN