KELAKAR juga bila Iqram Dinzly (atau nama lain yang sudah ditukar berpuluh kali) cakap mahu jadi normal semula. Alasan dia mudah, sebab sekarang sudah ramai orang ‘gila’.
Jadi, dia tidak mahu ikut trend itu. Maksudnya jadi gila ini satu trendkah? Kita sebenarnya boleh memilih untuk jadi gila atau tidak? Atau macam mana sebenarnya yang cuba disampaikan oleh aktor itu?
Gila yang dibuat-buat, begitu kan maksudnya? Gila mengikut kamus dewan membawa maksud; tidak sihat atau tidak waras kirannya (otaknya, ingatannya).
Tetapi gila yang dibuat-buat mungkin hanyalah untuk perhatian, dalam keadaan waras dan beringatan.
Mungkin sebab itu ramai sahaja selebriti menjadikan ‘kegilaan’ sebagai salah satu modus operandi untuk meraih perhatian, populariti atau simpati daripada masyarakat.
Sementelah, ada segelintir memang mudah tersentuh. Lantas alasan ‘gila’ juga digunakan untuk menghalalkan perbuatan aneh, kontroversi dan apa sahaja yang mendorong kepada percakapan masyarakat.’
Kesian, dia kan gila.’ Semudah itu melepaskan diri. Tetapi benarkah ramai selebriti sengaja berpura-pura jadi gila hanya untuk menjadi center of attention? Tidak mustahil tetapi kemungkinan itu terbuka luas.
Ramai sahaja selebriti yang ‘menggila’ dengan segala kenyataan, perbuatan aneh. Iqram sebagai contoh pernah menjadi topik perbualan lantaran video-video yang seperti tidak waras.
Sampai hampir tunjuk kemaluan dan sebagainya. Azwan Ali juga tidak ketinggalan dengan segala carutan. Belum masuk topik Nonny Nadirah yang tiba-tiba mandi dalam besen.
Malah, Fathia Latif dengan sesi buka pakai-buka tudungnya, solat dalam kereta dan pelbagai lagi kejadian ‘aneh’ yang menjadi topik sensasi. Adakah mereka semuanya sengaja jadi gila?
Untuk perhatian semata? Adakah mereka didorong oleh rasa kesunyian dan realiti kesenduan dalam populariti menjadikan mereka ‘buat-buat’ gila?
Poklip sama sekali tidak mena kan, setiap mereka mungkin (sekali lagi ditegaskan, mungkin) memiliki masalah kesihatan mental yang membuatkan setiap mereka tidak mempunyai kewarasan dalam berfikir.
Mana mungkin orang waras boleh buat siaran langsung, menari macam orang tidak betul? Atau rakam diri sendiri mandi dalam besen air? Jadi, mungkin sahaja mereka memang gila dan tidak ‘lurus’ akalnya.
Tetapi apakah semudah itu mereka boleh memilih untuk tidak lagi gila? Bukankah mereka perlu dapatkan rawatan kesihatan mental daripada hospital, pakar yang berkelayakan. Lihat sahaja Janna Nick.
Walaupun dia disahkan mempunyai beberapa masalah kesihatan mental, belum pernah lagi Poklip rasa dia ada buat video pelik-pelik. Walaupun pernah dihurung beban ingin menamatkan nyawa sendiri, tetapi dia tetap waras dalam berfikir.
Poklip tidak mahu pukul rata. Memang pemain industri seni mempunyai risiko untuk jadi ‘gila’. Pelbagai aspek penting antaranya kemurungan, expectation peminat dan diri sendiri antara punca mereka mula rasa tertekan.
Apatah lagi, ada di antara mereka yang terpaksa mengejar populariti kerana sedar, untuk jadi relevan dalam industri itu tidak mudah.
Maka tekanan demi tekanan dihadapi membuatkan mereka mula murung. Poklip berharap mereka yang mempunyai kecenderungan mempunyai masalah kesihatan mental segera dapatkan rawatan. Jangan tunggu sehingga ‘gila’. Impaknya sangat besar, bukan main-main. Bila kita sudah terlihat gila, siapa mahu percaya?
Bila mula hilang segala, berpatah semula juga tidak mudah. masalah kesihatan mental segera dapatkan rawatan. Jangan tunggu sehingga ‘gila’.
Impaknya sangat besar, bukan main-main. Bila kita sudah terlihat gila, siapa mahu percaya? Bila mula hilang segala.