Beraksi di Coachella? Kita tengok macam mana – Dolla - Utusan Malaysia

Beraksi di Coachella? Kita tengok macam mana – Dolla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU sahaja menyambut ulang tahun kelima sejak debut, artis berkumpulan, Dolla semakin matang baik dari segi muzik yang dipersembahkan, tenaga di panggung mahupun personaliti.

Biarpun Dolla kini bertukar trio, namun ahlinya, Sabronzo, Tabby dan Angel memastikan kualiti yang ditawarkan Artis Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular ke-36 itu kekal utuh.

Nampaknya tahun 2025 bakal memberikan industri wajah Dolla yang baru apabila mereka bakal kembali dengan buah tangan terbaharu selepas album terakhirnya, Look At This pada 2023.

“Tahun ni sebenarnya kita boleh anggap sebagai ‘comeback year’ untuk Dolla. Akan ada banyak lagu yang akan kita terbitkan tahun ini dan kami sedang buat persiapan.

“Lagu pertama yang akan menemui pendengar dijadualkan pada Mei ini. Saya boleh kongsikan sedikit ‘hint’ lagu ini iaitu berbahasa Melayu dan paling rancak. Peminat kami suka menari.

“Album sebelum ini kebanyakan lagu kami dalam bahasa Inggeris, jadi kami dapat banyak respons yang mana pendengar lebih suka kami bernyanyi dalam bahasa Melayu. Jadi kali ini kita akan nyanyi lagu ini dalam bahasa Melayu,” kata Sabronzo ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Lebih istimewa, menurut Tabby, album ini akan menjadi saksi sisi berbeza Dolla apabila mereka juga turut terlibat dalam penulisan lirik serta penciptaaan beberapa lagu dalam album tersebut.

“Selain daripada lagu-lagu eksperimental, album ini juga berharga sebab kami sendiri terlibat dalam studio. Kami juga menulis lirik sampaikan penerbit kami pun terkejut dan kata ‘inikah yang kami mahu?’.

Bukan Coachella, tapi dua festival muzik tahun ini

Ditanya adakah album ini dicipta sebagai persediaan untuk festival muzik paling ikonik di Amerika Syarikat, Coachella, masing-masing nampaknya tersenyum gembira. Tidak memadamkan hasrat untuk ke sana, namun Dolla enggan terlalu gopoh sebaliknya memberi fokus kepada festival muzik besar di Asia.

Tahun ini sahaja, Dolla melebarkan saya ke Singapura selain beraksi untuk Round Festival iaitu acara muzik yang menghimpunkan artis Korea Selatan dan negara-negara Asia.

“Coachella, kalau ada rezeki. Tapi semestinya kami akan mulakan dengan konsert dan juga festival muzik di Malaysia dan negara terdekat. Kita tengok macam mana.

“Setakat ini kami sudah pastikan akan tampil di acara muzik Singapura dan juga Round Festival iaitu acara muzik Korea Selatan yang diadakan di Malaysia.

“Kami akan ada banyak berita yang mengujakan,” tambah Sabronzo.

Dalam perkembangan lain, Dolla sedang membuat persiapan konsert sulungnya di Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Capitol Theater.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya