Beberapa laluan di Selangor ditutup secara berperingkat

Beberapa laluan di Selangor ditutup secara berperingkat

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa laluan di sekitar Selangor ditutup secara berperingkat khususnya ketika ketibaan dan keberangkatan pulang pemimpin dan delegasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Laluan terlibat adalah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke ibu negara dan laluan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke ibu negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penutupan dilaksanakan mengikut masa ketibaan delegasi pada Ahad ini dan ketika keberangkatan pulang yang dijadualkan 28 Mei.

“Untuk pergerakan ketibaan delegasi menerusi KLIA, laluan akan ditutup secara berperingkat adalah dari Kompleks Bunga Raya menuju ke arah Lebuhraya KLIA Extension, Plaza Tol KLIA-Lebuhraya Elite, susur masuk Putrajaya, susur masuk Lebuhraya MEX dan Hentian Rehat & Rawat (RnR) Seri Kembangan, Lebuhraya MEX.

“Bagi laluan dari arah Pangkalan TUDM Subang, laluan yang terkesan adalah TUDM Subang-Jalan Monford-Lebuhraya GCE, Plaza Tol Shah Alam-Lebuhraya NKVE, susur keluar Kilometer 22 NKVE-Lebuhraya Utara Selatan dan sempadan Selangor-Kuala Lumpur (Kilometer 25.1 Pintu Gerbang),” katanya hari ini.

Tambah Hussein, pihaknya menggesa semua pengguna jalan raya peka berhubung penutupan dan lencongan laluan yang akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN.

“Laluan akan dibuka secara berperingkat apabila konvoi delegasi melepasi setiap susur laluan, namun tumpuan penutupan penuh adalah hanya di pusat bandar raya menghala ke tempat persidangan iaitu di KLCC.

“Pengguna disaran merancang semula jadual perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN