ASEAN kekal berkecuali

ASEAN kekal berkecuali

ANWAR Ibrahim (tengah) pada sidang akhbar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN kekal berkecuali dalam pertembungan antara kuasa besar dunia walaupun membawa China ke pentas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan mengatakan bahawa ASEAN kini lebih menyebelahi China berbanding Amerika Syarikat kerana turut menjemput negara itu ke siding kemuncak kali ini hanyalah persepsi semata-mata.

Sebaliknya, katanya, selaku Pengerusi ASEAN, beliau dengan jelas menyatakan pemimpin ASEAN selepas dicadangkan oleh Menteri Luar Negeri hasil Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi untuk terus bekerjasama dengan AS dan China termasuk negara lain.

“Susulan cadangan itu, saya menulis surat kepada Presiden AS, Donald Trump untuk mengatakan bahawa kami (ASEAN) bersetuju untuk meneruskan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

“Kemudian, kami ada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama Teluk)-China, tetapi saya tidak rasa begitu (menyebelahi China).

“(Namun) jika esok saya terima surat daripada Presiden Trump (mengatakan) ‘iya kita akan mengadakan sidang kemuncak dalam beberapa bulan’, masalah ini (persepsi) mungkin tidak timbul,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini.

Tegas Perdana Menteri, pendirian ASEAN kekal berpusat dan fokusnya adalah kesejahteraan rakyat, ekonomi, hubungan diplomatik, perdagangan dan pelaburan.

“Jadi jika i bererti bekerjasama dengan China, iya kami akan lakukannya, dan jika ia bermakna kami harus bekerjasama dengan AS, sudah tentu kerana Malaysia khususnya kini menjadi hab semikonduktor.

“Sebanyak 60 peratus daripadanya dieksport ke AS, maka wajarlah untuk kami terus bekerjasama dan berhubungan baik dengan semua pihak,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN