AS setuju berunding lebih lanjut dengan Malaysia

AS setuju berunding lebih lanjut dengan Malaysia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju untuk berunding dengan lebih lanjut dengan Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, terdapat kemungkinan untuk mengurangkan tarif timbal balik yang dikenakan. 

“Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).

Anwar berkata, delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebelum ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Washington DC, Amerika Syarikat pada 22 hingga 24 April 2025. 

“Malaysia merupakan antara 18 negara yang setakat ini berjaya mengadakan mesyuarat dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

“Lawatan kerja tersebut diadakan untuk meneroka peluang kerjasama dan perkara boleh ditawarkan Malaysia kepada Amerika Syarikat di samping memohon supaya Amerika Syarikat dapat mempertimbangkan Malaysia dikecualikan daripada tarif timbal balik tersebut.

“Setakat ini, tawaran Malaysia kepada Amerika Syarikat termasuklah menangani Halangan Bukan Tarif yang disenaraikan dalam National Trade Estimates Report 2025 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini. 

“Hasil mesyuarat bersama-sama Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Duta Besar Jamieson Greer, kita telah menerima maklum balas positif daripada Kerajaan Amerika Syarikat. 

“Jemaah Menteri dan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) telah bersetuju supaya MITI memulakan proses rundingan dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Menurut Anwar, Kerajaan Madani telah proaktif dengan segera mengambil beberapa ikhtiar awal sejak pengumuman pengenaan tarif import oleh Amerika Syarikat pada 2 April.

Antaranya penubuhan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai tarif timbal balas Amerika Syarikat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya