Anwar dijangka terima pengiktirafan kepimpinan, sumbangan di

Anwar dijangka terima pengiktirafan kepimpinan, sumbangan di Russia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menerima ijazah doktor kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangannya di pentas global.

Pada hari ketiga lawatan rasminya ke Russia, Anwar turut dijadualkan memberikan syarahan umum di MGIMO iaitu sebuah akademi diplomatik terulung di negara tersebut.

Sebaik selesai memberikan syarahan umum dan menerima ijazah doktor kehormat di MGIMO, beliau akan meneruskan lawatannya ke Republik Tatarstan bagi mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan (Ketua), Rustam Minnikhanov.

Di Tatarstan, Anwar dijangka menghadiri mesyuarat peringkat tinggi dan diplomasi ekonomi dalam sektor halal.

Perbincangan dijangka tertumpu kepada kerjasama dalam pensijilan halal, agroteknologi, kewangan Islam dan pendidikan.

Anwar juga dijadual mengunjungi kompleks Kazan Kremlin, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), sebelum melawat dua pameran utama di Expo Kazan iaitu pameran teknologi dan Ekspo Halal Russia 2025.

Perdana Menteri diiringi lima menteri kanan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatannya selama sehari itu dijangka diakhiri dengan majlis resepsi sempena Forum Kazan 2025. Perdana Menteri dijadual memberikan ucap tamanya ketika sesi pleno pada hari berikutnya.

Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Russia, yang akan berakhir esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN