Anak kambing dua kepala lahir di Melaka

Anak kambing dua kepala lahir di Melaka

ABU SHAH Hashim menunjukkan anak kambing baka black belly miliknya yang dilahirkan berkepala dua di Bukit Kechil, Pernu, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penternak kambing di Bukit Kechil, Pernu di sini dikejutkan dengan kelahiran seekor anak kambing berkepala dua semalam, sekali gus mencetuskan kejadian luar biasa yang pertama kali berlaku sepanjang lebih 20 tahun penglibatannya dalam bidang ternakan.

Pemilik ternakan, Abu Shah Hashim, 57, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Abu dalam kalangan penduduk kampung berkata, anak kambing itu merupakan baka black belly dan dilahirkan oleh induk yang sudah beberapa kali melahirkan anak sebelum ini.

“Selalunya, kambing betina ini akan lahirkan dua ekor anak. Tapi kali ini cuma seekor sahaja dan berkepala dua. Ini kali pertama berlaku sepanjang saya menternak kambing.

“Saya ada lebih kurang 20 ekor kambing dan beberapa ekor lembu di tepi rumah. Tak sangka akan berlaku kejadian pelik begini,” katanya ketika ditemui.

Menurut Abu Shah, kelahiran itu disedari awal pagi semalam ketika dia sedang memeriksa kandang.

“Harap anak kambing ini panjang umur. Apa pun, saya anggap ini sebagai kebesaran Allah. Semua ini berlaku atas kehendaknya,” katanya.

Tambahnya, gambar dan video anak kambing itu kini menjadi perhatian jiran-jiran sekitar kampung yang datang melihat sendiri keunikannya.

Anak kambing itu dalam keadaan lemah dan sedang dipantau rapi olehnya dengan harapan ia dapat membesar dengan sihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya