Akmal Nasir tidak ikut langkah Rafizi, Nik Nazmi

Akmal Nasir tidak ikut langkah Rafizi, Nik Nazmi

KPKT
AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir tidak akan mengikut langkah Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan dalam Kabinet pasca Kongres Nasional PKR, minggu lalu.

Sebaliknya, beliau yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan terus menggalas tanggungjawab itu sehingga akhir penggal Kerajaan Perpaduan.

Walau bagaimanapun,  beliau menerima keputusan Rafizi dan Nik Nazmi kerana mereka berpegang teguh pada prinsip dan janji yang dibuat.

“Saudara Rafizi Ramli baru sahaja mengumumkan peletakan jawata, disusuli saudara Nik Nazmi sebagai anggota Jemaah Menteri Persekutuan. 

“Segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan (kepada saya) akan terus menjadi pedoman untuk jalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, Rafizi dan rakan-rakannya cekal mempertahankan asas perjuangan parti walaupun terpaksa menongkah arus menerusi Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) pada pemilihan PKR, baru-baru ini.

“Sejujurnya, bukan sahaja parti, malah negara kehilangan pemimpin yang progresif dan futuristik. Tatkala negara akan terus hadapi cabaran yang sukar pada masa yang mendatang, roh semangat perjuangan Rafizi dan Nik Nazmi akan terus bersama kita semua. 

“Akhirnya, Allah dan rakyat juga yang akan menjadi hakim kepada amalan, usaha dan pendirian yang kita ambil selaku pemimpin politik. Kita berdoa ke hadrat Allah agar terus diberikan kekuatan dalam menempuh ujian kuasa amat berat ini,” katanya.

Pada Kongres Nasional PKR di sini minggu lalu, Akmal Nasrullah terpilih sebagai salah seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Terdahulu, beliau gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Johor Bahru apabila tewas kepada Muhammad Taufiq Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN