KUALA LUMPUR: Orang ramai mahu kewujudan akhbar fizikal dapat diteruskan penerbitannya walaupun banyak maklumat semasa yang kini boleh diperoleh menerusi internet. Menurut mereka, membaca akhbar fizikal lebih puas dan maklumatnya juga mendalam. Editor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Rohaida Baharudin, 49, berkata, dia lebih gemar membaca secara fizikal berbanding dalam talian kerana terlalu lama membaca online boleh menyebabkan mata rasa sakit. “Apabila pegang dan selak akhbar fizikal, ada rasa puas.…