Aidiladha: Pengguna LPT2 ke Pantai Timur dijangka meningkat

Aidiladha: Pengguna LPT2 ke Pantai Timur dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 6,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) setiap hari di hari-hari puncak iaitu pada 5 dan 6 Jun serta 8 hingga 9 Jun ini sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

LPT2 Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung atau bercuti di Pantai Timur menggunakan lebuh raya tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan ini.

“Untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak, LPT2  menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal. 

“Untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di LPT2 di antara 5 Jun hingga 10 Jun ini,” kata kenyataan itu, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN