Afifah Nasir hamil anak pertama - Utusan Malaysia

Afifah Nasir hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas setahun berkahwin.

Afifah atau Nur Afifah Md. Nasir, 32, berkata, kehadiran permata kecil itu menambahkan sinar kebahagian terhadap rumah tangganya bersama suami, Syed Hariz.

“Setahun yang lalu, hanya kami berdua melakarkan kisah cinta kami, satu muka surat dalam satu masa.

“Sekarang, bahagian baru bermula, bersama satu lagi degupan jantung yang membesar dalam (rahim) saya. Keajaiban kecil kami, dibuat dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Afifah telah berkongsi khabar gembira itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Afifah turut berkongsi gambar imbasan ‘ultrasound’ kandungannya ketika berada di atas sebuah kapal.

Bagaimanapun, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu tidak memaklumkan secara terperinci mengenai usia kandungannya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada netizen serta rakan selebriti.

Untuk info, Afifah dan Hariz telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN