GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa bahawa masalah ketagihan vape dan e-rokok bukan sahaja kian menular, malah, telah mula menjejaskan kehidupan seharian golongan muda termasuk mereka yang berusia seawal lapan tahun. Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N.V. Subbarow berkata, pihaknya juga bimbang kerana ada segelintir pelajar yang dipercayai menjadikan vape sebagai ‘sarapan pagi’ sehingga mengabaikan tabiat pemakanan yang seimbang. “Terdapat pelajar yang menghisap vape sebelum masuk ke kelas.…