7 pemimpin GRS komited kemenangan PRN Sabah

7 pemimpin GRS sepakat kemenangan PRN Sabah

HAJIJI Noor (dua dari kanan) bersama pemimpin GRS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan komitmen bersama bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan itu akan kekal bersatu sebagai satu keluarga untuk membawa kemajuan di Sabah.

Katanya, beliau menghargai kepercayaan dan semangat ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti dalam satu pertemuan berlangsung selama tiga jam semalam.

“Hari ini kesemua tujuh presiden parti-parti komponen GRS telah menyatakan komitmen untuk terus bersama bagi memastikan kemenangan GRS dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Saya menghargai kepercayaan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti dan sememangnya ini membuktikan bahawa kami akan terus bergerak sehaluan demi kestabilan politik dan pembangunan negeri tercinta,” katanya dalam kenyataan.

Pertemuan itu disertai oleh Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.

Selain itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin dan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Tan Sri Liew Yun Fah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN