Manshahar serah pada MA

Manshahar serah pada MA

Manshahar Abdul Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil meletakkan masa depannya di tangan Olahraga Malaysia (MA) dalam menentukan sama ada dia masih diperlukan atau sebaliknya.

Manshahar dilantik oleh MA Jun lalu bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 yang mana kontraknya berakhir semalam.

“Setakat ini, apa yang diberitahu adalah kontrak habis pada Disember ini tetapi saya tidak pasti sama ada diteruskan atau tidak, (keputusan) berdasar kepada prestasi dan juga penilaian MA dan MSN (Majlis Sukan Negara).

“Pada saya, apa yang saya dah buat setakat ini dalam tempoh lima bulan saya sudah buat sebaik mungkin. Pada saya, keputusan itu bukan berada di tangan saya, ia berada di tangan pada pihak yang sepatutnya,” katanya.

Ini merupakan kali kedua Manshahar memimpin barisan kejurulatihan olahraga negara apabila dia pernah memikul tanggungjawab sama selama tiga tahun setengah sebelum kontraknya tidak disambung selepas tamat pada Disember 2022.

Ditanya sama ada dia meletakkan harapan agar kekal dengan jawatan tersebut, Manshahar menafikannya.

“Secara peribadi saya tak tengok macam itu. Saya lihat daripada penilaian pihak yang terlibat. Kalau saya masih diberi kepercayaan dan relevan, saya akan pikul tanggungjawab itu dan melaksanakan amanah saya dengan sebaik mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN