60 peratus salah guna dadah golongan belia 

60 peratus salah guna dadah golongan belia 

RUSLIN Jusoh (kiri) ketika menyampaikan hadiah pada Program Sua Mesra Bersama Ketua Pengarah AADK di Kampung Gong Kemunting, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebanyak 60 peratus daripada 192,857 kes penyalahgunaan dan penagih dadah di negara ini melibatkan golongan belia. 

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, mereka terdiri daripada peringkat umur 15 tahun hingga 39 tahun. 

“Sebanyak 60 peratus golongan penagih didominasi oleh golongan belia dan jika dilihat di Terengganu pula merekodkan 56 peratus daripada 12,000 penagih di seluruh negeri. 

“Daripada data ini, kita menghadapi cabaran serius dalam menangani isu penagihan dadah, terutama dalam kalangan belia dan penggunaan dadah jenis sintetik,” katanya ketika ditemui di Program Sua Mesra Bersama Ketua Pengarah AADK di Kampung Gong Kemuntong, di sini hari ini. 

Ruslin berkata, ekoran itu, usaha membendung gejala itu perlu dilakukan bersama dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa yang mana masalah penyalahgunaan dadah perlu dikesan dan ditangani dari rumah. 

Katanya, usaha berkenaan diyakini dapat membantu menurunkan kadar kes penagihan dadah dalam kalangan golongan belia.

“Kita juga akan menambah baik modul pemulihan yang sedia ada bagi mencari langkah lebih efektif bagi membantu memulihkan golongan yang terlibat dalam masalah dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN