40 tahun menanti penggilan haji

40 tahun menanti penggilan haji

SALMAH Taibon dan Latib membuat persiapan bagi menunaikan ibadah haji ketika ditemui di Taman Muhibah, Gemencheh, Tampin semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Penantian sejak 40 tahun lalu untuk menunaikan haji termakbul buat seorang suri rumah di Taman Muhibah, Gemencheh, di sini, apabila dia bersama suami antara 31,600 jemaah dari negara ini yang terpilih bagi musim haji tahun ini.

Salmah Taibon, 59, berkata, dia sudah mula berniat untuk menunaikan haji dengan membuat tabungan sejak 40 tahun lalu ketika dia mula bekerja sebagai operator kilang.

Katanya, dia konsisten menyimpan secara bulanan selama lapan tahun namun kemudiannya berhenti kerja dan hanya menyimpan mengikut wang yang ada seterusnya mula mendaftar haji pada tahun 2009.

“Rasa gembira sangat apabila dapat mesej dari Tabung Haji yang saya terpilih dan penerbangan pula pada 9 Mei ini. Suami saya, Latib Yasin, 63, juga berjaya dalam rayuannya dan kami sama-sama dapat menunaikan haji.

“Alhamdulillah, lima anak-anak kami pun sudah besar dan membantu membuat persiapan haji. Ini adalah panggilan yang sangat saya tunggu-tunggu dan bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan urusan saya dan suami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Latib yang merupakan pesara kerajaan berkata, mereka berdua pernah menunaikan umrah pada tahun 2020 selepas bersara.

“Kami memang sangat merindui suasana di Mekah dan Madinah terutamanya ketika melihat Kaabah, dan rasa rindu itu tidak pernah pudar.

“Alhamdulillah, saya dapat tumpang rezeki isteri, kami sudah lama menyimpan dan anak-anak juga membantu menambah bagi mencukupkan urusan di sana,” katanya.

Pasangan ini sudah pun menyertai kursus haji selama tiga tahun berturut-turut sebagai persediaan ke Tanah Suci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya