UTHM catat 96.5 peratus Kadar Bekerja Graduan tahun lalu

UTHM catat 96.5 peratus Kadar Bekerja Graduan tahun lalu

UTHM) mencatat kadar tertinggi dalam Kadar Bekerja Graduan (GE) dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) dengan peratus masing-masing sebanyak 96.5 dan 96.4 peratus pada 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat kadar tertinggi dalam Kadar Bekerja Graduan (GE) dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) dengan peratus masing-masing sebanyak 96.5 dan 96.4 peratus pada 2024.

Menurut Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ir. Ts .Dr. Ruzairi Abdul Rahim, kadar itu adalah yang tertinggi dicatatkan dalam tempoh lima tahun terakhir dan mengatasi sasaran GM nasional yang ditetapkan oleh Kementerian Tinggi (KPT) iaitu 86.4 peratus.

“Pencapaian ini hasil komitmen berterusan universiti dalam memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja berpengetahuan malah kompeten, berketrampilan serta berdaya saing dalam pasaran kerja yang mencabar.

“Kenaikan peratusan ini juga membuktikan keupayaan dan kesungguhan UTHM dalam memperkukuh hubungan strategik dengan industri, agensi kerajaan serta komuniti, selain menyediakan pendidikan berasaskan keperluan industri,” katanya.

Ruzairi berkata, peningkatan tersebut membuktikan pelbagai inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh UTHM dalam memperkukuhkan ekosistem pembangunan kerjaya pelajar mula membuahkan hasil.

Tambahnya, inisiatif utama yang menyumbang kepada pencapaian tersebut termasuk penubuhan Portal Job Centre UTHM yang menyediakan maklumat berkaitan peluang pekerjaan dan latihan industri serta menjadi medium penghubung aktif antara pelajar dan pihak industri.

Beliau berkata, pihaknya turut memperkukuhkan jalinan kerjasama industri melalui libat urus secara konsisten, selain mengadakan perbincangan berkala berkaitan isu kebolehpasaran pelajar.

“UTHM melantik seramai 23 Career Coach terdiri daripada staf akademik di setiap fakulti serta staf Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) bertauliah bagi memberi bimbingan dan kerjaya kepada pelajar.

“Program ‘Finishing School’ secara komprehensif pula dilaksanakan untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar mengenai realiti dunia pekerjaan, termasuk kemahiran insaniah, etika profesional, penjenamaan diri, teknik penulisan resume, serta persediaan menghadapi sesi temuduga dan kehidupan pascakerjaya,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya menyediakan beberapa inisiatif lain yang dibiayai melalui geran dan dana daripada KPT seperti PACE, CAP dan Dana Interversi GE.

“Geran tersebut digunakan Geran tersebut digunakan bagi melaksanakan program reskilling dan upskilling yang menjurus kepada penguasaan kemahiran tambahan selari dengan kehendak industri semasa.

“UTHM juga turut menganjurkan ‘Career Fair’ dan ‘Mini Career Fair’ secara berkala bagi menghimpunkan pelbagai syarikat industri tempatan dan antarabangsa, serta alumni bagi memberi bimbingan dan perkongsian pengalaman kepada pelajar,” katanya.

Ruzairi berkata pihaknya akan terus komited dalam memperkukuh dasar dan strategi pembangunan kerjaya bagi memastikan kecemerlangan institusi tersebut kekal dalam era persaingan antarabangsa dan membangun ekonomi negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya