SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) dilantik sebagai perunding bagi membangunkan panduan kursus haji dan umrah mesra orang kurang upaya (OKU) oleh Bahagian Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH). Pembangunan projek berkenaan bertujuan meningkatkan kefahaman dan penguasaan komuniti OKU khususnya OKU penglihatan terhadap praktikal ibadah haji dan umrah. Projek itu juga merupakan projek pertama yang melibatkan kepakaran universiti awam bersama-sama pihak TH untuk menyantuni komuniti OKU penglihatan. Pengarah Ummi, Prof. Madya Dr. Norakyairee Mohd. Raus berkata, inisiatif ini merupakan usaha murni yang menyokong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya