URA tingkat nilai aset penduduk, bantu perkasa kawasan bandar lama

URA tingkat nilai aset penduduk, bantu perkasa kawasan bandar lama

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dilihat mampu meningkatkan nilai aset penduduk melalui pembangunan semula kawasan perumahan lama secara menyeluruh dan terancang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan semula bukan sahaja meningkatkan nilai hartanah mengikut pasaran semasa, malah memperbesarkan saiz kediaman demi keselesaan rakyat.

“Sebagai contoh 1 Razak Mansion, dari unit lama seluas 418 kaki persegi berharga RM20,000 pada 1961, kini telah menjadi unit moden dengan harga mencecah RM490,000, suatu peningkatan lima kali ganda dengan keluasan berganda,” katanya dalam Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar Bersama Ahli Parlimen anjuran KPKT, semalam.

Katanya, perumahan baharu seperti Kerinchi Residensi masih mengekalkan majoriti penduduk asal dengan 96.8 peratus terdiri daripada kaum Melayu, membuktikan tiada pengusiran berlaku.

Sebagai rekod Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985 meletakkan syarat resolusi sebulat suara daripada semua pemilik sebelum badan pengurusan boleh mengambil alih sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan kerja-kerja pembaharuan semula bandar.

Setakat ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) telah mengenal pasti 534 kawasan di negara ini yang berpotensi untuk pembaharuan semula bandar dengan 139 terletak di Kuala Lumpur. 

Menurut Kor Ming akta sedia ada ‘menutup’ peluang pelaburan yang berpotensi tinggi dalam kalangan pemaju. 

“Untuk maklumat  banyak pemaju Malaysia menjadi tonggak kepada pembangunan  di negara asing. Sebagai contoh di Melbourne, Australia. 

“Namun, disebabkan undang-undang sedia ada, syarikat pemaju terpaksa melabur di luar negara,” katanya. 

Mengenai dakwaan URA menyebabkan peningkatan caj penyelenggaraan, beliau menegaskan itu hanyalah spekulasi dan penduduk disaran berbincang dengan JMB sekiranya ada perubahan kos.

Beliau memberi jaminan sama sebagaimana ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa URA  tidak akan mengubah status tanah rizab Melayu atau hak pemilikan individu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya