Pelajar, pensyarah TVET perlu main peranan bantu B40

Pelajar, pensyarah TVET perlu main peranan bantu B40

PERKASA komuniti luar bandar menerusi penerapan kemahiran pendidikan TVET, selari dengan aspirasi konsep Malaysia Madani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 16 pelajar dan 12 pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyertai Projek Kampung Angkat Madani bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih 21 buah rumah kediaman milik penduduk daripada golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU) di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Perak.

Inisiatif Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini merupakan usaha berterusan dalam memperkasa komuniti luar bandar menerusi penerapan kemahiran pendidikan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Antara objektif utama projek ini adalah untuk menaik taraf dan melestarikan landskap kampung, membina gazebo bagi kegunaan rekreasi, melaksanakan pendawaian elektrik fasa tunggal untuk rumah kediaman, serta menjalankan kerja-kerja asas pembaikan rumah penduduk kampung tersebut.

Projek ini melibatkan seramai 162 orang pensyarah dan pelajar daripada 10 institusi di bawah rangkaian politeknik dan kolej komuniti dari seluruh negara, yang hadir untuk memberikan sumbangan tenaga, kemahiran dan ilmu kepada komuniti setempat. Dalam inisiatif membaiki 21 buah rumah, skop kerja merangkumi penggantian kotak agihan elektrik (DB Box), pendawaian semula wayar elektrik, pemasangan lampu solar di bahagian luar rumah, pembaikan bumbung bocor, penggantian lantai dan tiang kayu, serta baik pulih tingkap dan pintu yang usang.

Pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengambil tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja membaiki bumbung bocor, menggantikan lantai dan tiang kayu yang rosak, serta membaik pulih tingkap dan pintu yang usang di rumah-rumah penduduk yang terlibat dalam projek ini. Projek ini diketuai oleh Kolej Komuniti Bagan Serai dengan penglibatan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Nilai (PNS), Politeknik Jeli (PJK), Politeknik Bagan Datuk (PBD), Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSJ), Kolej

Komuniti Masjid Tanah (KKMT), Kolej Komuniti Selandar (KKSL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL). – UTUSAN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN