UMK terima sumbangan lebih RM1 juta bantu pelajar B40

UMK terima sumbangan lebih RM1 juta bantu pelajar B40

ARHAM Abdullah (kiri) menerima sumbangan kewangan daripada rakan strategik sambil disaksikan Hassan Basri (tengah) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan lebih RM1 juta bagi membantu pelajarnya daripada golongan kurang berkemampuan (B40) yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Arham Abdullah berkata, sumbangan dari rakan strategik UMK itu disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan kepadapelajar terlibat seperti pengecualian yuran, bantuan sewa rumah, elaun bulanan dan komputer riba.

“Untuk makluman, lebih 70 peratus daripada 14,000 pelajar UMK terdiri daripada B40.  Ada yang kita kesan datang kampus tanpa wang mencukupi. UMK  bantu mereka ini melalui Pusat Islam serta dana sumbangan yang dikumpulkan ini,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMK 2025 yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Prof Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Arham nerkata, program itu juga menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dengan rakan strategik UMK yang bukan sahaja memberi sumbangan wang, malah turut terlibat dalam pembangunan akademik dan kebajikan pelajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya