Tymba sasar 700 pelajar asnaf, B40 lanjut pengajian perakaunan  - Utusan Malaysia

Tymba sasar 700 pelajar asnaf, B40 lanjut pengajian perakaunan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tymba Education Group menyasarkan seramai 700 pelajar bumiputera lepasan SPM daripada golongan asnaf dan B40 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan.

 

Menurut pengasasnya, Airil Razali, pelajar berkelayakan bakal menerima biasiswa sehingga RM150,000 yang ditaja Yayasan Peneraju dan MyPAC, merangkumi yuran, elaun bulanan RM1,200 serta kemudahan asrama dan pengangkutan.

 

Katanya pelajar yang memperoleh minimum 5A termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris layak menyertai program Foundation in Accountancy (ACCA) dan CFAB-ICAEW.

 

“Sehingga kini seramai 150 pelajar telah menghantar permohonan menyertai program tersebut sejak sebulan lalu meskipun keputusan peperiksaan belum keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Selepas mengikuti program asas,  pelajar akan ditawarkan untuk kursus lanjutan untuk program ACCA dan laluan professional seperti Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), The Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) dan Chartered Financial Analyst (CFA).

 

Selain akademik, Tymba turut menekankan pembangunan holistik merangkumi kemahiran teknikal, latihan temuduga, disiplin, sokongan kaunselor dan pendedahan industri.

 

“Ini bukan sekadar biasiswa, tetapi peluang mengubah masa depan pelajar dan keluarga mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya