Tiga RUU bakal dibentang termasuk perlindungan saksi

Tiga RUU bakal dibentang termasuk perlindungan saksi

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerak kerja reformasi undang-undang dan institusi terus dipergiat dengan tiga Rang Undang-Undang (RUU) dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen, Jun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tiga RUU yang menjadi antara fokus utama itu meliputi RUU Bantuan Guaman, RUU Perlindungan Saksi dan RUU Insolvensi Rentas Sempadan.

“Kita hendak tengok kepada RUU Bantuan Guaman dan kedua, RUU Perlindungan Saksi yang merupakan isu paling besar, (saksi) ini tak boleh disimpan lama-lama, kes itu mesti diselesaikan secepat mungkin sebab dia nak jadi saksi.

“Ada beberapa saksi itu disimpan dalam beberapa tahun, saya tak begitu setuju sebab alasannya kes ditangguh, itu sebab saya nak maklum, kalau kes-kes tersebut di bawah senarai perlindungan saksi, ia perlu menjadi keutamaan untuk diselesaikan segera.

“Itu harapan saya, kalau tidak, tak masuk akal kita kategorikan dalam perlindungan saksi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Mesra Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bersama warga jabatan dan agensi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, beliau juga telah mengadakan kunjungan ke negara-negara ASEAN untuk bertemu dengan menteri undang-undang dan kehakiman bagi mendapatkan input berkaitan mengenai RUU Insolvensi Rentas Sempadan.

“Dengan adanya ASEAN Law Forum, saya sudah ke beberapa negara ASEAN untuk bertemu dengan menteri undang-undang dan kehakiman. Mereka amat positif dalam insolvensi rentas sempadan di mana kita hendak dapatkan komitmen dari negara-negara dalam ASEAN.

“Elemen insolvensi itu terutamanya dari segi aset-aset boleh diadakan kerjasama supaya jangan aset itu pula terbiar tak dapat diselesaikan oleh pemiutang kepada kreditor. Itu menjadi fokus utama antara (RUU) lain yang sedang dilaksanakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN