Tiga maut terperangkap dalam lubang pembetung - Utusan Malaysia

Tiga maut terperangkap dalam lubang pembetung

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam pembetung di sebuah resort di Sumpitan di Lenggong hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Tiga maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah resort baru yang sedang dibina Kampung Ibol, Sumpitan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa merupakan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang warganegara Indonesia meninggal dunia di hospital.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.08 pagi terdapat tujuh orang terperangkap di dalam lubang pembetung di resort tersebut.

Menurutnya, setibanya jentera di tempat kejadian, Ketua Operasi dimaklumkan lima pekerja telah dibawa keluar oleh orang awam dan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan.

“Manakala terdapat dua orang pekerja masih lagi terperangkap di dalam lubang pembetung tersebut.

“Kedua-dua mangsa yang terakhir dikeluarkan oleh anggota bomba dari pembetung disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM yang hadir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, saiz lubang pembetung tersebut dianggarkan 17 kaki panjang, 13.5 kaki lebar dan  8 kaki dalam.

Beliau berkata, Ketua Operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota memakai PPE lengkap berserta alat pernafasan dan turun ke dalam pembetung untuk mengeluarkan mangsa.

“Anggota kemudiannya mengikat mangsa dengan menggunakan tali dan mangsa ditarik keluar dari lubang pembetung.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diperiksa oleh Pegawai Perubatan KKM dan mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kedua dua mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 12.25 tengah hari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya