Tiga bulan hasilkan skrip Balas Balik, cuba ‘ikat’ penonton - Utusan Malaysia

Tiga bulan hasilkan skrip Balas Balik, cuba ‘ikat’ penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah, Feroz Kader, kembali ke layar lebar selepas tiga tahun dengan taruhan filem bergenre penyiasatan, Balas Balik.

Feroz atau Mohd. Feroz Abd. Kader Sahib, 49, percaya jalan cerita yang penuh saspens akan menjadi kekuatan naskhah ini untuk ‘mengikat’ penonton di panggung.

“Bila filem genre begini, story line (cerita) sangat penting. Kami fokus dalam penghasilan skrip. Tiga bulan juga saya ambil masa, berbincang dan tulis.

‘Penerbit mahukan kelainan dan saya pun suka. Dari awal, Balas Balik memang asalnya filem bukan drama,” kata Feroz yang pernah menghasilkan Mr. Perfect 10.

Bercerita lanjut mengenai penghasilan Balas Balik, Feroz turut mengambil ilham daripada naskhah Hollywood untuk memghasilkan jalan cerita yang kemas.

“Penonton boleh hubung kait konsep sebegini dengan filem-filem penyiasatan Hollywood.

“Kami kena pastikan setiap babak ada motif supaya penonton kekal dalam momentum sehingga bertemu jawapan di hujung cerita.

“Kalau cerita hantu kena ada jumpscare, filem ini terletak kepada nilai suspens. Itu yang jadi hook (kata kunci) yang pegang, gam perhatian penonton sampai habis. Penonton kena seronok,” katanya

Menampilkan aktor popular, Shukri Yahaya sebagai penggerak naratif, Balas Balik menjadi naskhah filem ketiganya selepas mencuri kelainan menerusi Seratus yang ditayangkan 2022.

Selain Shukri, pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Zarul Umbrella, Adam Lee, dan Josiah Lim.

Filem tersebut bakal menemui penonton bermula 29 Mei nanti. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya