Terima barang kemas daripada mentua, Atikah Suhaime menantu yang beruntung - Utusan Malaysia

Terima barang kemas daripada mentua, Atikah Suhaime menantu yang beruntung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genap sebulan bersalin, pelakon, Datin Atikah Suhaime terharu apabila apabila menerima kejutan bermakna daripada ibu mentuanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, terkejut apabila ibu mentuanya menyarungkan seutas rantai emas ketika mendukung puteri kesayangannya, Lyla Mulan Teh.

Lebih menyentuh hati, ibu mentua aktres tersebut turut menghadiahkan sebentuk gelang emas kepada cucunya.

“Wah, saya pun dapat hadiah ‘full moon’, terima kasih ibu mentuaku,” katanya.

Kagum melihat momen tersebut, rata-rata netizen menyifatkan pelakon kelahiran Singapura itu menantu yang bertuah kerana mendapat keluarga mentua yang baik.

“Atikah sangat bertuah, walaupun keluarga jauh di Singapura dan duduk dengan mentua tapi dia tak pernah rasa tersisih,” komen seorang netizen.

“Dia menantu yang baik, jadi dia dapat pun mentua yang baik,” komen seorang lagi netizen.

“Susah nak dapat keluarga yang betul-betul boleh terima kita,” kata seorang netizen.

Sebelum ini, Atikah telah mengumumkan dirinya selamat menimang cahaya mata perempuan yang bernama, Lyla Mulan Teh, pada 8 Mac lalu.

Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN